Program kesihatan sekolah.1.1.0PengenalanRancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolahyang sihat dan produktif. Dalam tempoh dua puluh tahun RKS dijalankan, dunia secaraam dan Malaysia secara khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspekkesihatan dan tren penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikajisemula untuk membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebihkomprehensif.Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengankerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek ' HealthPromoting School' ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah, Melaka, Sarawak,Selangor dan Terengganu.
Ini adalah berdasarkan konsep 'HPS' yang diperkenalkanoleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter. Persidangan' HPS ' yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara KementerianKesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkansupaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program BersepaduSekolah Sihat ( PBSS ). Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelarassemua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkanbeberapa pekeliling ikhtisas,surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan amalan kebersihan sekolah1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan Modul LatihanPROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan ProgramSusu Sekolah, dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah2005.
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA.sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN.sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi.sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI.' APA ITU PENYAKIT DENGGI?Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yangboleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubatipenyakit ini.Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGITerdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:a. Demam denggi klasikal.Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dansakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarangmenyebabkan kematian.
Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patahtulang' atau 'breakbone fever'.b. Demam denggi berdarah.Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapiadalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yanglebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam danbintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najisberwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia seringmenyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera.
Ia jugadipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGIPenyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virusdenggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakanvirus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype'virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semuajenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yangberbeza-beza.
Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahananbadan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanyamelindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamukAedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 haripada tahap awal penyakit.PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGINyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamukmerupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yanglain.
Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darahiaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengantanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yangmembawa virus denggi iaitu:1. Aedes aegyptiCiri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.2. Aedes albopictusCiri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan.Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal ditempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak didalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebundan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhandan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumahuntuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga bolehberkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang padapokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenasdan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.CARA JANGKITANManusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk.
Virusdenggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Iamemerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak danterkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akanterus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedesbetina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virusdenggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darahmanusia.
Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yangmengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebutdan menyebarkan kepada orang lain.Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betinasedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dannyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkanvirus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalamperedaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara inidipanggil 'Penularan Mekanikal'.Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlakumelalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularanagen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentikhingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses inimembolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui prosespenularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapijuga sebagai perumah kepada agen penyakit.